NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda Perkenal WR-V Edisi Khas di Malaysia – Tambahan Aksesori Modulo, Terhad 99 Unit, Harga Sama

Honda Perkenal WR-V Edisi Khas di Malaysia – Tambahan Aksesori Modulo, Terhad 99 Unit, Harga Sama

Honda Malaysia telah memperkenalkan Honda WR-V Edisi Khas hari ini ke dalam pasaran Malaysia. Terhad kepada 99 unit sahaja, WR-V Edisi Khas ini didatangkan dengan pakej aksesori Modulo bernilai RM3,175.

Pada asalnya, WR-V Edisi Khas ini merupakan varian RS, yang dijual pada harga bermula RM107,900 (on-the-road tanpa insurans). Istimewanya WR-V Edisi Khas kali ini, tiada tambahan harga bakal dikenakan dengan pakej tambahan yang diberikan.

Untuk rekaan luaran, ia kini hadir dengan emblem SE di bahagian depan, sisi dan juga belakang. Untuk pakej aksesori Modulo, ia dapat dilihat pada spoiler di bawah hadapan Modulo, spoiler di bawah bahagian belakang dan spoiler sisi serta mendapat kemasan paip ekzos baharu.

HONDA-WRV-SE

Beralih kepada ruang dalaman, WR-V SE ini ditambah dengan kemasan pemijak tepi, perakam video digital hadapan, dan penutup panel lining di belakang. Ciri-ciri baharu ini meningkatkan lagi nilai, reka bentuk menarik, dan kepraktisan WR-V, menjadikannya SUV Kecil yang sesuai untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

HONDA-WRV-SE

Bagi spesifikasi enjin, ia masih kekal sama iaitu enjin 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121 Ps dan 145 Nm tork. Bagi spesifikasi dan kelengkapan lain juga masih sama dengan yang ditawarkan untuk varian RS.

HONDA-WRV-SE

WR-V SE ini hanya ditawarkan dengan satu warna luaran sahaja iaitu Stellar Diamond Pearl. Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan boleh berkunjung ke pengedar Honda terdekat bermula hari ini, 12 September, sehingga stok habis.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy