Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini telah membuka tempahan MPV 7-tempat duduk paling laris mereka iaitu Xpander Facelift 2024, yang dijangka akan dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia tak lama lagi. Model pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini dianggarkan berharga RM115,000 (harga pengenalan) yang hanya sah pada tempoh yang terhad sahaja.
Model ini berukuran 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar, 1,730 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,755 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 495 liter dan meningkat hingga 837 liter sekiranya tempat duduk barisan kedua dibaringkan.

Xpander Facelift 2024 masih mengekalkan enjin 1.5 liter Mivec DOHC 16-injap yang mampu menghasilkan 105 PS dan 141 Nm tork dan dipadankan bersama transmisi empat-kelajuan automatik (4AT).

Perubahan paling ketara yang dapat dilihat adalah dari segi rekaan luaran yang kini tampil dengan wajah serba baharu seperti bampar depan serta belakang, lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T melintang, lampu siang LED, rekaan honeycomb dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED.

Beralih kepada ruang kabin dalaman, Xpander facelift 2024 kini menerima skrin infotainment bersaiz 9 inci bersama sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, ciri brek parkir (EPB), kemasan balutan kulit berwarna coklat, rekaan papan pemuka yang baharu di bahagian pemandu, visor pintu dan perakam video digital (dashcam).

Penumpang di belakang juga kini menerima corong blower pendingin di bumbung dan boleh mengawal kekuatannya sendiri. Turut disediakan adalah dua slot pengecas-USB Type A dan Type C di belakang.

Hanya satu varian sahaja yang akan ditawarkan iaitu Xpander Plus dengan empat pilihan warna iaitu Red Metallic, Graphite Gray, Diamond Black Mica dan Quartz White Pearl.
500 pelanggan terawal yang mendaftar tempahan secara dalam talian di Mitsubishi Online Showroom akan menerima Naturehike Camping Wagon bernilai RM400 secara percuma.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?