Menurut Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kedah dan Perlis, Mohd Rushdan Mohd Ghazali, Perlis dijangka menerima beberapa pelaburan baru dari China, terutamanya di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).
Perkara yang sedang dirunding bakal melibatkan pelaburan dalam industri kenderaan elektrik (EV), menurut laporan Sinar Harian.
“Ini mungkin ambil masa. Kita tidak dapat menganggarkan bila kita akan menerima pelaburan ini berikutan ia masih dalam rundingan,” katanya.
Tambah beliau, empat kluster akan diberi fokus utama di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) iaitu industri hijau, industri halal termasuk farmaseutikal, EV dan tenaga boleh baharu.
Sementara itu, Kulim dan Sungai Petani, Kedah dilihat sebagai kawasan yang berpotensi untuk menerima pelaburan dari syarikat di China terutamanya dalam industri semikonduktor.
“Hab (industri semikonduktor) di Pulau Pinang dan Kedah (Kulim). Banyak syarikat dari China kini memberi tumpuan terutamanya kepada Kulim dan Sungai Petani. Kami mahu melihat pelaburan tersebut terus meningkat,” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?