Mitsubishi Xpander 2024 Rasmi Dilancarkan ke Dalam Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM99,980, 2 Varian

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya telah melancarkan MPV 7-tempat duduk paling laris mereka iaitu Xpander Facelift 2024 ke dalam pasaran Malaysia hari ini. Model ini akan ditawarkan dengan 2 pilihan varian iaitu Xpander pada harga bermula RM99,980 dan Xpander Plus pada harga RM109,980. Harga pengenalan ini terhad dan sah sehingga 31 Disember 2024 sahaja.

Model ini berukuran 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar, 1,730 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,775 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 495 liter sekiranya tempat duduk barisan ketiga dibaringkan.

XPANDER-2024

Xpander Facelift 2024 masih mengekalkan enjin 1.5 liter Mivec DOHC 16-injap yang mampu menghasilkan 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm dan dipadankan bersama transmisi empat-kelajuan automatik (4AT).

XPANDER-2024

Perubahan paling ketara yang dapat dilihat adalah dari segi rekaan luaran yang kini tampil dengan wajah serba baharu seperti bampar depan serta belakang, lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T melintang, lampu siang LED, rekaan honeycomb dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED. Namun, varian Xpander menerima side sills berwarna hitam manakala Xpander Plus berwarna kelabu.

XPANDER-2024

Beralih kepada ruang kabin dalaman, Xpander facelift 2024 kini menerima skrin infotainment bersaiz 9 inci bersama sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, ciri brek parkir (EPB), kemasan balutan kulit berwarna coklat, rekaan papan pemuka yang baharu di bahagian pemandu, pengecas telefon tanpa wayar, visor pintu dan perakam video digital (dashcam) hadapan dan sisi.

XPANDER-2024

Bagi varian Xpander, tiada perakam video digital (dashcam) hadapan dan sisi, visor pintu, kemasan balutan kulit berwarna coklat, pengecas telefon tanpa wayar, tailgate spoiler dan scuff plate.

XPANDER-2024

Penumpang di belakang juga kini menerima corong blower pendingin di bumbung dan boleh mengawal kekuatannya sendiri. Turut disediakan adalah dua slot pengecas-USB Type A dan Type C di belakang.

Dua varian ini akan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Red Metallic, Graphite GrayDiamond Black Mica dan Quartz White Pearl. Mitsubishi Xpander 2024 ini hadir dengan waranti 5 tahun tanpa sebarang had batu untuk kedua-dua varian.

500 pelanggan terawal yang mendaftar tempahan secara dalam talian di Mitsubishi Online Showroom akan menerima Naturehike Camping Wagon bernilai RM400 secara percuma.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD