Perodua Aruz Kini Hadir Dengan Pilihan Warna Luaran Elegant Black – Semua Varian, Harga Kekal Sama

Perodua Aruz Kini Hadir Dengan Pilihan Warna Luaran Elegant Black – Semua Varian, Harga Kekal Sama

Perodua telah secara rasmi memperkenalkan pilihan warna luaran baharu iaitu Elegant Black, untuk SUV tujuh tempat duduknya, Aruz. Warna baharu ini akan menggantikan Passion Red dan kini menyertai pilihan warna sedia ada termasuk Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey, Electric Blue, dan Garnet Red.

Harga jualan untuk Perodua Aruz masih dikekalkan iaitu RM72,900 untuk varian 1.5 X dan RM77,900 untuk varian 1.5 AV, dengan pilihan warna Elegant Black tersedia ada untuk kedua-dua varian.

Aruz masih dilengkapi dengan enjin petrol empat silinder 1.5-liter 2NR-VE dan mampu menjana kuasa 101 hp pada 6,000 rpm dan 133 Nm tork pada 4,200 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang memacu roda belakang. Bagi spesifikasi penuh yang lain juga masih kekal sama untuk kedua-dua varian.

Pemilik Perodua Aruz akan menerima jaminan 5 tahun/150,000 km. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di ruang pameran terdekat dengan anda atau boleh meneroka pilihan tukar beli melalui Perodua POV (Perodua Pre-Owned Vehicles).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD