Jaecoo J7 PHEV Kini Tiba di Malaysia – Jarak 1,300 km, Harga Anggaran RM170,000

Jaecoo Malaysia hari ini telah mula mempamerkan kepada orang ramai model Jaecoo J7 PHEV yang akan dilancarkan secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia sebelum hujung tahun. Varian 2WD akan ditawarkan pada permulaan dengan varian AWD menyusul pada masa akan datang dengan harga anggaran dijangka bermula dari RM170,000.

J7-PHEV-NAZZNCO

Bagi rekaan luaran dan dalaman, model ini sama sahaja seperti Jaecoo J7 versi enjin petrol. Untuk spesifikasi penuh, anda boleh klik di sini.

Bagi enjin, ia didatangkan dengan enjin petrol 1.5 TGDi yang dipadankan bersama transmisi hibrid DHT bersama dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa sebanyak 255 kW dan 525 Nm tork keseluruhan. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat.

J7-PHEV-NAZZNCO

Untuk varian 2WD, ia menggunakan bateri berkapasiti 18.3 kWh dan dapat memberi jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sebanyak 106 km kitaran NEDC. Jaecoo Malaysia turut mendakwa bahawa dengan bateri penuh dan tangki bahan api sebanyak 60 liter, Jaecoo J7 PHEV ini mampu mencapai jarak gerak sehingga 1,300 km.

Bagi pengecasannya, apa yang dikongsikan adalah ia mampu menampung sehingga 40 kW untuk pengecasan pantas DC manakala sehingga 6.6 kW untuk pengecasan AC. Fungsi V2L pula menyediakan kapasiti 3.3 kW.

J7-PHEV-NAZZNCO

Selain itu, varian 2WD hanya menerima 3 mod pemanduan sahaja iaitu Economy, Standard dan Sports manakala varian AWD akan mendapat tambahan 4 mod pemanduan seperti Sand, Mud, Snowfield dan Off-Road.

Ciri keselamatan pula senarainya agak lengkap dengan sistem ADAS. Ia merangkumi ciri seperti AEB, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong, kawalan lampu utama pintar, makluman ketika kereta depan bergerak, pengesan titik buta, amaran lintasan trafik di belakang dan banyak lagi.

3 pilihan warna luaran akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Carbon Crystal Black, Khaki White dan Moonlight Silver dengan Bumbung Hitam dengan warna dalaman hitam. Pra-tempahan akan bermula pada bulan Oktober, dengan penghantaran dijangka pada Februari 2025.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD