Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 Kembali – 5 hingga 11 Disember di MITEC, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) kini kembali pada tahun ini, meraikan edisi ke-10, dan akan diadakan bermula 5 hingga 11 Disember 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Menariknya pada edisi kali ini, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah utama Toyota Yaris 1.5G Limited berwarna Platinum White Pearl dengan 2-tona warna dan Perodua Axia berwarna Lava Red dalam cabutan bertuah yang akan diadakan nanti.

KLIMS 2024 ini dianjurkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA), dengan sokongan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Automotive Federation Malaysia (AFM), Motorcycle and Scooter Assemblers and Distributors Association of Malaysia (MASAAM) dan Malaysian Automotive Component Parts Manufacturers Association (MACPMA).

“KLIMS 2024 berfungsi sebagai platform penting untuk industri automotif mempamerkan kemajuan terkini, menyediakan pandangan tentang trend transformasi seperti kenderaan elektrik (EV) dan penyelesaian mobiliti mesra alam,” kata Mohd Shamsor bin Mohd Zain, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

“Tema tahun ini, ‘Beyond Mobility,’ selaras dengan usaha Malaysia ke arah elektrifikasi dan infrastruktur pintar, meletakkan negara ini sebagai peneraju dalam kemajuan automotif di Asia Tenggara. Kami amat teruja untuk meraikan edisi ke-10 KLIMS ini, yang menekankan potensi Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam masa depan mobiliti.”

Hampir 70 syarikat dan jenama automotif akan berada pada KLIMS 2024 dan pelbagai pameran, hadiah dan aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung. Antaranya adalah:

  • Pertandingan fotografi media sosial. 100 pemenang kreatif akan menerima kad edisi terhad Touch ‘n Go x KLIMS 2024 bersama dua tiket masuk.
  • Pelancaran eksklusif daripada jenama besar seperti Perodua, Nissan, Toyota, Great Wall Motor, Kia, Morris Garage (MG), Mazda, dan banyak lagi.
  • Pameran kereta eksotik, koleksi model jarang ditemui, pameran kereta klasik, dan pameran serta perjumpaan kereta die-cast.
  • Pameran khas 4 kereta Ferrari F1 ikonik yang mempamerkan evolusi daripada era legenda Schumacher hingga ke jentera moden berkelajuan tinggi Charles Leclerc.
  • Kelab automotif dari seluruh Malaysia.
  • Pelbagai cabutan bertuah menarik dan berpeluang menang hadiah seperti nikmati 10 hari dengan Smart #1, skuter-beg elektrik boleh tunggang, basikal elektrik HILEY Maxspeed X8, dashcam 70mai, hadiah misteri Ferrari, beg cenderahati Carage dan kad TnG edisi khas KLIMS 2024.

KLIMS 2024 akan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember 2024 dari jam 10 pagi hingga 8 malam (weekdays) dan 10 pagi hingga 10 malam (weekend dan PH). Anda boleh dapatkan tiket sekarang di https://reg.klims.com.my/

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD