NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Hyundai Motor Labur RM2.16 Bilion, Buka Kilang Pertama di Kulim Tahun Hadapan

Hyundai Motor Labur RM2.16 Bilion, Buka Kilang Pertama di Kulim Tahun Hadapan

Menerusi posting dari akaun Facebook rasmi Menteri pelaburan, perdagangan, dan industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, telah disahkan bahawa Hyundai Motor Company (HMC) akan membuka kilang pertamanya di Malaysia tahun depan dengan pelaburan bernilai RM2.16 bilion.

“Komitmen Hyundai ini akan mewujudkan ratusan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia, dan mencipta lebih banyak pekerjaan tambahan untuk perusahaan kecil dan sederhana yang menyokong operasi mereka,” menurut kenyataan dalam posting berkenaan.

Menurut laporan dari Sinar Harian, sebanyak enam model kereta merangkumi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan kenderaan elektrik (EV) termasuk pemasangan pek bateri EV akan dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kulim juga merupakan lokasi kontrak kilang pemasang Inokom, yang telah memasang kenderaan Hyundai sejak awal 2000-an sehingga model facelift generasi keempat Santa Fe, yang kini satu-satunya model Hyundai CKD (pemasangan tempatan) yang dijual, lapor Paultan.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi ke Korea Selatan selama 3 hari, pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea Selatan, Hyundai Motor dan OCI Holdings turut diadakan.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy