Menjelang hujung tahun ini, SAIC Motor Malaysia telah mengumumkan promosi dahsyat kepada para pelanggan untuk beberapa model keluaran mereka. Antaranya ialah model elektrik mereka, MG4 dan MG ZS serta model terbaru mereka, MG5 dan MG HS.
Mari kita recap kembali apakah yang istimewanya dengan 2 model elektrik dari jenama Morris Garrage (MG) ini.
MG4 merupakan sebuah model hatchback lima-pintu elektrik yang telah dilancarkan pada Mac tahun ini. Ada 5 varian telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dengan varian Standard pada harga RM103,999, Lux pada RM128,999, Lux Extended Range pada RM148,999 dan XPOWER pada RM158,999.
Jadi dengan harga yang sangat kompetitif dan berpatutan, model MG4 ini serta merta telah mendapat sambutan yang sangat hangat daripada penggemar EV dan rakyat Malaysia secara umumnya, seperti mana kita dapat lihat begitu banyak model MG4 di mana-mana di atas jalan raya hari ini.
Tapi bagaimana pula dengan tahap prestasi dan jarak gerak (Battery Range) model MG4 ini ?
Bergantung kepada perbezaan kapasiti bateri jenis lithium iron phosphate yang digunakan untuk setiap varian, pelanggan boleh memilih range sama ada 350 km (Standard), 435 km (Lux), 520 km (Lux Extended) atau 385 km (Xpower) dalam kitaran WLTP, iaitu satu jarak yang agak baik sebenarnya terutamanya untuk varian Lux Extended.
Beralih kepada model kedua, iaitu MG ZS.
Pernah popular satu ketika dahulu, MG ZS masih lagi mengekalkan imej luarannya seperti model terdahulu dengan tiada gril hadapan dan tempat pengecasannya juga diletakkan di bahagian kanan hadapan. Hanya satu varian untuk model SUV ini dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM125,999.
MG ZS ini mempunyai kapasiti bateri lithium iron phosphate sebanyak 51.1 kWj, di mana sekali cas sejauh 320 km boleh dicapai dalam kitaran WLTP. Dengan rekaan yang unik dan harga yang menarik untuk sebuah SUV bersaiz segmen-B, ia semestinya sesuai untuk semua lapisan umur terutamanya untuk sebuah keluarga yang inginkan sebuah kereta SUV.
Jadi apakah promosi menarik yang ditawarkan untuk kedua-dua model elektrik dari SAIC Motor Malaysia?
Tiga model yang diberi keutamaan dalam promosi kali ini ialah MG ZS, MG4 (Standard) dan MG4 (Lux) di mana pelanggan boleh nikmati ansuran percuma bermula 20 bulan, 12 bulan dan 8 bulan bernilai RM26,000, RM16,000 dan RM8,500. Pemilik tidak perlu risau tentang bayaran bulanan untuk tempoh masa tertentu dan sekaligus dapat memendekkan tempoh dan jumlah pinjaman bank untuk memakai kereta idaman mereka.
Mari kita beralih kepada model petrol pula. Model yang baru-baru ini menjadi sebutan, MG5, kini menerima promosi rebat sebanyak RM7,000 dan pelanggan boleh mendapatkannya dengan harga RM86,900. Apa yang menarik tentang model ini?
Dengan harga yang sangat kompetitif di dalam segmennya, MG5 merupakan sebuah model sedan dengan rupa luaran yang sangat memukau. Dengan enjin 1.5 liter 4-silinder DOHC NA, ia mampu menjana kuasa sebanyak 114 PS dan 150 Nm tork.
Dengan pilihan warna yang menarik, sememangnya MG5 ini menjadi kegilaan orang muda, di samping dengan harganya yang mesra poket.
Bagi pelanggan yang mencari SUV segmen-C dengan harga yang berpatutan, anda boleh pertimbangkan model MG HS. Baru sahaja diperkenalkan, model ini turut memberi kesan di dalam segmennya.
Dua varian telah dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM129,900 untuk varian Standard dan RM145,900 untuk varian Lux.
SAIC Motor Malaysia turut menawarkan rebat eksklusif sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua varian. Pelanggan kini boleh mendapatkan varian Standard pada harga RM124,900 manakala RM140,900 untuk varian Lux.
Dengan enjin 1.5 liter turbo berkuasa, ia mampu menjana kuasa sebanyak 162 PS dan 250 Nm tork. Dengan penarafan 5 bintang Euro NCAP, anda boleh memandu MG HS dengan penuh keyakinan.
MG HS sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan SUV bergaya tanpa perlu berbelanja besar. Ia adalah pilihan tepat untuk keluarga, golongan muda yang mahukan gaya hidup aktif, atau mereka yang ingin merasa pengalaman memandu kenderaan premium.
Kepada pelanggan yang berminat dengan tawaran-tawaran hebat ini, ayuh lekas ke mana-mana Bilik Pameran Pengedar Sah MG Motor Malaysia atau anda dijemput untuk singgah ke booth MG sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur bermula 5 Disember sehingga 11 Disember ini.
Anda juga boleh klik di SINI untuk membuat temu janji secara atas talian dan merasai pengalaman pandu uji model pilihan anda.