Honda Malaysia hari ini telah mengumumkan tempahan untuk model Honda Civic Facelift 2025 telah dibuka untuk pasaran Malaysia dan akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2025.
Sejak pengenalan generasi ke-11 pada tahun 2022, lebih 28,000 unit telah berjaya dijual di Malaysia. Honda Civic juga telah berjaya menjadi model sedan segmen-C non-national paling laris untuk 8 tahun berturut-turut sejak tahun 2016.
2 varian Honda Civic Facelift 2025 akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Petrol RS dan e:HEV RS. Kedua-dua varian masih mengekalkan reka bentuk yang sporty, dengan e:HEV RS menampilkan sambungan gril hadapan dan lower grille garnishes mengikut warna badan, manakala Petrol RS dilengkapi dengan versi hitam sambungan gril tersebut. Istimewa untuk e:HEV RS, ia menerima rekaan roda aloi bersaiz 18 inci baharu berwarna Matte Grey.

Bagi varian Petrol RS, ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter VTEC turbocaj yang mampu menjana kuasa sebanyak 182 PS dan 240 Nm tork manakala untuk varian e:HEV RS, ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter e:HEV, dengan janaan kuasa sebanyak 184 PS dan 315 Nm tork.
Bagi sistem bantuan keselamatan, Honda Civic Facelift 2025 menerima Honda SENSING yang lengkap dengan 9 ciri keselamatan bersama dengan Honda CONNECT yang mudah diakses melalui telefon sahaja.

Pelanggan kini boleh mula membuat tempahan Civic baharu ini di prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch di telefon anda. Setakat ini, Honda Malaysia masih belum berkongsi harga yang akan diletakkan untuk Civic baharu ini ataupun anggaran harga. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada bulan hadapan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?