NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

UMW Toyota Rekod Sebanyak 8,400 Unit Jualan pada November – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 89,500 Unit

UMW Toyota Rekod Sebanyak 8,400 Unit Jualan pada November – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 89,500 Unit

Prestasi jualan bulan November telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 8,400 unit. Tidak seperti kebiasaan, jumlah jualan pada kali ini tidak termasuk dengan jumlah jualan untuk jenama Lexus seperti sebelum ini.

Dengan jumlah jualan tahunan kini mencecah 89,500 unit, UMW Toyota turut mengumumkan bahawa model-model yang menunjukkan prestasi yang hebat datang dari Toyota Vios, Toyota Hilux dan juga Toyota Yaris. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut juga tidak mendedahkan secara spesifik angka jualan untuk setiap model tersebut.

Syarikat tersebut turut berkongsi akan Toyota Skill Contest 2024 yang baru sahaja dijalankan pada 16 hingga 17 November lalu di ibu pejabatnya di Shah Alam, di mana pertandingan tersebut memberi fokus untuk menaikkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan dalam kalangan kakitangan Toyota seluruh Malaysia dengan mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bahagian jualan dan servis yang diberikan oleh para pengedar.

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari itu berasaskan dari Toyota Technical Education Program (T-TEP). Wang tunai lebih RM100,000 telah ditawarkan kepada semua pemenang pertandingan tersebut.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy