Jaecoo Malaysia Rai Unit Pertama Omoda C9 yang Dipasang Secara Tempatan di Kilang Shah Alam

Jaecoo Malaysia Rai Unit Pertama Omoda C9 yang Dipasang Secara Tempatan di Kilang Shah Alam

Jaecoo Malaysia telah meraikan model pertama Omoda C9 yang dipasang secara tempatan (CKD) dan telah dilancarkan dari barisan pengeluaran di kilang Shah Alam. Penghantaran model kedua di bawah jenama Jaecoo ini dijangka bermula tepat pada masanya, iaitu Januari 2025.

“Kami sangat gembira dengan sambutan positif terhadap model C9 kami dan bersedia untuk memenuhi permintaan pasaran. Sebagai jenama yang komited untuk jangka masa panjang, kami juga berdedikasi untuk menjaga pelanggan sepanjang pengalaman pemilikan mereka bersama kami. Melangkah ke hadapan, Jaecoo akan terus memahami keperluan pasaran untuk memastikan kami menawarkan kenderaan dan perkhidmatan terbaik yang sesuai dengan permintaan semasa,” kata Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek.

Selain model Omoda C9 dengan varian AWD dan 2WD, kilang di Shah Alam juga menghasilkan model Jaecoo J7 AWD dan 2WD. Kedua-dua model ini kini boleh dilihat, dipandu uji, dan ditempah di pusat pengedar sah Jaecoo di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur.

Untuk makluman, Omoda C9 baru sahaja dilancarkan pada 6 Disember lalu pada harga bermula RM168,800 untuk varian 2WD dan RM188,800 untuk varian AWD. Untuk spesifikasi penuh, anda boleh klik di SINI.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD