Tesla New Model Y Kini di Malaysia – 2 Varian, Harga Bermula RM196,000 – RM243,000

Tesla New Model Y Kini di Malaysia – 2 Varian, Harga Bermula RM196,000 – RM243,000

Tesla New Model Y kini telah tiba di Malaysia dan telah mula dipamerkan pada orang ramai bermula hari ini, 19 Februari, sehingga 2 Mac di Pavillion Damansara Heights dan hari ini sehingga 23 Februari di Mid Valley Southkey.

Model ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu di laman web rasmi Tesla Malaysia dan semalam adalah pertama kali model ini ditunjukkan di Malaysia. Apa yang istimewanya pada model ini, Tesla telah memperkenalkan warna luaran baharu iaitu Glacier Blue sebagai pilihan kepada pemilik.

Berdasarkan rekaan, model Y baharu ini menampilkan reka bentuk bercirikan futuristik dengan inspirasi siber, termasuk jalur lampu depan yang baru dan reka bentuk lampu belakang serta pintu but yang diilhamkan dari Cybertruck dan Cybercab.

Ciri eksklusif seperti lencana khas di bahagian belakang, puddle light badge, dan tulisan “Launch Series” pada plat pintu, mencipta sambutan unik untuk pemandu setiap kali ingin masuk ke dalam kenderaan.

Di bahagian dalam, reka bentuk khas dengan konsol pengecasan dan alas lantai beraksen perak, serta trim dalaman suede vegan berwarna hitam sepenuhnya dapat dilihat. Kabin telah direka untuk menjadi lebih senyap dengan penggunaan kaca dua lapis pada semua tingkap dan bumbung kaca panorama bersalut perak, yang mengurangkan sinar UV dan haba.

Reka bentuk roda baharu dan penyebar belakang meningkatkan aerodinamik, mengurangkan rintangan udara, dan menambah kestabilan, memberikan pemanduan yang lebih lancar dan cekap pada kelajuan tinggi.

Model Y Baharu juga mempunyai ciri popular dari Model 3, seperti ambient lighting, tempat duduk depan ventilated, dan paparan barisan kedua untuk penumpang. Tempat duduk belakang kini boleh disesuaikan atau dilipat dengan mudah hanya dengan menekan satu butang untuk kemudahan tambahan.

Kenderaan ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Rear-Wheel Drive, bermula dari RM195,450, dan All-Wheel Drive, bermula dari RM242,450. Seperti biasa, tiada spesifikasi kapasiti bateri atau output telah dikeluarkan oleh Tesla melainkan perkara berikut:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD