NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

GAC Motor Lancar Pusat 3S Baru di Bayan Lepas, Pulau Pinang

GAC Motor Lancar Pusat 3S Baru di Bayan Lepas, Pulau Pinang

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) telah melancarkan pembukaan pusat 3S (Sales, Service, Spare Parts) baru yang diuruskan sepenuhnya oleh WariTan Automobile Sdn Bhd di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dengan penambahan pusat 3S baru ini, telah menunjukkan komitmen dan dedikasi WTCA untuk membawa model-modelnya kepada orang ramai merentasi sempadan Utara di Malaysia.

Berkeluasan sebanyak 5,897 meter persegi, pusat 3S baru ini terletak hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Penang. Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan 10 ruang servis yang akan diuruskan oleh juruteknik terlatih bagi memastikan semua kenderaan pelanggan dapat diselenggara dengan baik. GAC Bayan Lepas juga dilengkapi dengan pengecas EV 7kW di mana pelanggan boleh mengecas kenderaan AION mereka.

“Kami sangat teruja untuk mengembangkan jejak kami di wilayah utara Malaysia dengan pusat 3S baharu ini. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kebolehcapaian dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, memastikan mereka mempunyai rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk semua keperluan automotif mereka,” kata Encik Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd.

Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam (Isnin – Jumaat) dan 9 pagi hingga 6 petang (Sabtu & Ahad) termasuk Cuti Umum manakala pusat servis dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy