Bilik Pameran Pertama Denza Kini Dibuka di Kuala Lumpur, Pusat 3S Menyusul

Bilik Pameran Pertama Denza Kini Dibuka di Kuala Lumpur, Pusat 3S Menyusul

Denza Harmony Auto kini telah merasmikan pembukaan bilik pameran pertama jenama mereka di Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada pelanggan mereka melihat dan pandu uji model terbaru mereka, Denza D9. Menekankan kepentingan kesediaan rangkaiannya, Harmony Auto juga akan melancarkan pusat 3S Denza di Skudai, Johor tidak lama lagi.

“Hari ini adalah satu pencapaian untuk pasukan kami kerana secara rasmi telah berjaya membuka pintu kami kepada pelanggan di KL, dan tidak lama lagi di Johor juga. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan berkembang selaras dengan keperluan pasaran,” kata Ketua Jualan Denza Harmony Auto KLCC, Fanny Lee Fong Ching.

Bertempat di lokasi yang strategik iaitu di Menara Atlan, Jalan Ampang, fasiliti ini bersaiz 5,500 kaki persegi. Fasiliti ini mampu menempatkan 6 buah model untuk dipamerkan dengan paparan LED interaktif bagi pengunjung yang ingin mengetahui spesifikasi kenderaan tersebut.

Selain melihat model Denza D9 yang dipamerkan, pelanggan boleh berunding dengan penasihat produk berpengalaman dan menikmati keselesaan premium termasuk bar kopi dan kaunter merchandise. Bilik pameran ini mempunyai kapasiti untuk menarik antara 100 hingga 500 pengunjung setiap minggu.

Untuk makluman, Denza D9 telah pun dilancarkan semalam di KL Base pada harga bermula RM259,000 (Advanced) sehingga RM309,000 (Premium). Sempena pelancaran rasminya, pelanggan yang membuat tempahan akan menerima pengecas wallbox 22 kW termasuk pemasangan, penyelenggaran percuma selama 6 tahun/120,000 km, bantal leher dan pinggang Denza serta beg Denza.

Ruang pameran akan dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam dari Isnin hingga Ahad.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD