Janice Chian Yan Tong, seorang gadis berusia 24 tahun, telah dinobatkan sebagai Miss Asia 2024 dan telah menerima Proton S70 sebagai hadiah utamanya. Beliau telah menerima hadiahnya baru-baru ini semasa lawatan beliau ke ibu pejabat Proton di COE.
“Proton berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah Proton S70 kepada pemenang Miss Asia (Asia Tenggara) 2024 sebagai hadiah utama dan ganjaran atas kemenangannya. Pertandingan berprestij ini melambangkan kecemerlangan, cita-cita dan keyakinan, yang merupakan nilai-nilai yang selaras dengan nilai korporat kami,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Janice meluahkan perasaan kagumnya selepas pertama kali memandu uji kenderaan tersebut dengan reka bentuknya yang menarik dan prestasi enjin yang diberikan. Sebagai seorang wanita, beliau berasa puas hati dengan semua ciri yang ada pada Proton S70 dan memberi pujian kerana kenderaan tersebut berjaya menonjol di dalam segmennya.