Penyasaran Subsidi Petrol RON95 Dijangka Dilaksanakan Pertengahan Tahun Ini

Penyasaran subsidi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini setelah mekanisme terbaik dikenal pasti bagi memastikan golongan sasar mendapat manfaat yang sepatutnya, lapor Sinar Harian.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan kini sedang berada dalam fasa akhir merangka sistem penyasaran subsidi supaya adil dan berkesan  kepada semua pihak. Tambahnya, pelaksanaan penyasaran subsidi ini tidak akan menaikkan harga barangan dan sebarang perkhidmatan secara tidak terkawal.

“Mekanisme yang digunakan ketika kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel sebelum ini sedang ditambah baik. KPDN kini dalam usaha memperkemaskan sistem bagi memastikan kenderaan komersial yang layak menerima kuota petrol bersubsidi.

“Pada masa ini, kumpulan sasar yang akan menggunakan kad fleet bersubsidi sedang dikenal pasti menerusi perbincangan antara KPDN, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penyasaran subsidi petrol RON97 tidak akan dilaksanakan kerana bahan api tersebut telah diapungkan sejak Jun 2018.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemberian petrol bersubsidi kepada kumpulan sasar yang tepat mampu mengekalkan kos perkhidmatan serta penghantaran barangan keperluan rakyat, sekali gus mengelakkan peningkatan kos sara hidup.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD