BYD Sime Motors telah melancarkan BYD Atto 3 Ultra ke dalam pasaran Malaysia, kini dengan harga yang lebih menarik iaitu RM123,800. Pada awal permulaan model ini dilancarkan, BYD telah meletakkan tanda harga sebanyak RM149,800 untuk model ini.
Dengan rekod jualan yang kukuh dan ciri yang telah dipertingkatkan, Atto 3 Ultra dijangka akan terus menjadi pilihan utama pembeli EV di Malaysia, kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara di Sime Motors.
Sime Motors juga memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dengan menawarkan pakej servis percuma selama 8 tahun serta jaminan menyeluruh. Dengan 21 pusat 3S BYD di seluruh negara, pemilik kenderaan boleh menikmati pengalaman pemilikan tanpa kerisauan.
Ciri baharu yang ada pada BYD Atto 3 Ultra adalah:



BYD Sime Motors turut memperkenalkan promosi eksklusif untuk 1,000 pembeli terawal BYD Atto 3 Ultra iaitu:
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pakej Service Plus, yang menawarkan tambahan seperti tyre rotation, alignment dan balancing, serta penggantian bateri 12V setiap tahun.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?