NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Runner Kaut Untung, Jual Slot Tempahan RM3.50 Jadi RM750 – Puspakom

Runner Kaut Untung, Jual Slot Tempahan RM3.50 Jadi RM750 – Puspakom

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) telah mendedahkan kegiatan orang tengah atau lebih dikenali sebagai runner yang meraih keuntungan dengan meletakkan harga yang tinggi dengan menjual slot tempahan pemeriksaan kenderaan kepada pihak ketiga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, siasatan awal mendapati slot tempahan yang pada asalnya berharga RM3.50 telah dijual sehingga RM750 oleh runner kepada pihak ketiga.

“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kita sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, dan turut memberi perkembangan bahawa pihak JPJ sedang mendapatkan bantuan dari pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kegiatan tidak bermoral itu, lapor Sinar Harian.

“Kita cuba mengesan ‘runner’ yang terlibat, namun setakat ini semua saluran komunikasi gagal dihubungi. Kita akan menggunakan kaedah lain untuk mengesan mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tidak membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran yang sama bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah yang didapati menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain untuk meraih keuntungan.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy