NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

200 Unit Pertama Denza D9 Berjaya Dihantar kepada Pelanggan

200 Unit Pertama Denza D9 Berjaya Dihantar kepada Pelanggan

Denza, sebuah sub-jenama dari BYD, telah berjaya menghantar 200 unit pertama model Denza D9, sebuah MPV elektrik premium, kepada pelanggan yang membuat tempahan selepas pelancaran rasminya.

“Sambutan yang memberangsangkan ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk mobiliti elektrik premium dan mengukuhkan dedikasi kami terhadap inovasi, kebinaan dan pengalaman pelanggan. Kami komited untuk membentuk masa depan EV mewah dan berharap untuk memberikan lebih banyak kenderaan yang luar biasa kepada pelanggan kami di Malaysia,” kata Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd.

Untuk makluman, Denza D9 baru sahaja dilancarkan pada Februari lalu dan model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Advanced FWD pada harga RM259,000 dan Premium AWD pada harga RM309,000.

Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 103.6 kWh jenis Lithium Iron Phosphate (LFP), jarak sejauh 600 km boleh dicapai untuk varian Advanced dan 580 km untuk varian Premium.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy