NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta Cair, Kamera Melebur – Tragedi 2 Syawal yang Takkan Dilupa

Kereta Cair, Kamera Melebur – Tragedi 2 Syawal yang Takkan Dilupa

Pagi 2 Syawal selalunya tenang. Orang sibuk beraya, berselfie dalam baju raya baru, dan melantak rendang tak ingat dunia. Tapi suasana berbeza menyapa penduduk Putra Heights, Puchong tahun ini apabila langit pagi itu diterangi api menjulang tinggi, letusan dari paip gas milik Petronas yang terbakar.

Sekali pandang, ramai sangka video letupan yang tular itu berlaku di luar negara. Tapi rupanya, ia cuma beberapa kilometer dari kawasan perumahan padat di Lembah Klang. Letupan besar itu bukan sahaja menggegarkan bumi, tapi juga mengejutkan jiwa.

Dan antara gambaran paling menggerunkan?

Kereta. Cair. Melebur.

Menurut wartawan Bernama yang kebetulan bertugas pada hari itu, penulis segera menuju lokasi. Dari kejauhan, asap tebal dan ‘cendawan api’ jadi penunjuk arah. Tapi tak sangka, panasnya sampai terasa dari jarak dua kilometer. 

Sebaik tiba di Kampung Kuala Sungai Baru—salah satu kawasan paling terjejas—terpaku penulis melihat pemandangan yang tak pernah disaksikan sepanjang kerjaya: deretan kenderaan termasuk kereta, lori, dan bas sekolah meleleh dan rentung.

Ada yang tinggal kerangka sahaja, cat dah hilang, cermin pecah seribu, enjin meletup. Macam habis dibakar selama berjam-jam, padahal letupan berlaku kurang dari sejam sebelumnya.

Bukan saja kenderaan awam terjejas. Wartawan dan jurufoto yang hadir juga tak terlepas. Penat, peluh, dan panas terik bukan penghalang untuk mereka cari bahan berita terbaik. Tapi bila suhu terlalu ekstrem, alat pun mula ‘mengalah’.

“Ada kamera kawan saya cair. Tak boleh guna dah. Ini memang liputan paling dahsyat,” kongsi Chai Woei Chyuan, jurufoto Sin Chew Daily.

Strok haba pun bukan perkara asing hari tu. Ada yang tumbang kerana terlalu lama terdedah kepada panas luar biasa—ditambah dengan bahang sisa api yang masih marak waktu tengah hari.

Walaupun banyak rumah musnah dan kenderaan hangus, mujurlah kejadian berlaku ketika ramai penduduk pulang ke kampung beraya. Itu sedikit sebanyak mengurangkan angka korban. Tapi bagi yang baru pulang dan melihat rumah dah jadi rangka arang, kesedihan tak dapat digambarkan.

Tiga kampung utama terjejas—Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru, dan Kampung Kenangan. Ramai dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, dan ada yang masih menunggu untuk pulang meninjau keadaan rumah.

Di sebalik usaha wartawan dan jurufoto menyampaikan berita sebenar, ada pula suara-suara sumbang menuduh media menyembunyikan fakta.

Kejadian ini tinggalkan lebih dari sekadar rumah hangus dan kereta cair. Ia jadi simbol kekuatan maklumat, kecekalan wartawan, dan pentingnya semak fakta sebelum percaya.

Kereta mungkin boleh diganti, kamera boleh dibeli baru. Tapi kepercayaan dan kebenaran itu yang perlu dijaga.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD