NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Perlanggaran

Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Perlanggaran

Dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Kutan, Tumpat semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam, melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bersama pemboncengnya berumur 16 tahun, serta seorang lagi penunggang berusia 53 tahun.

“Siasatan awal mendapati remaja tersebut bersama rakannya yang datang dari arah Pasir Pekan menuju ke Pasir Mas dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan dan memotong sebuah kereta sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal yang ditunggang lelaki berusia 53 tahun itu.

“Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat, manakala pembonceng yang mengalami kecederaan serius di kaki dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy