Seorang penunggang motosikal warga Bangladesh maut selepas terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong pada Jumaat lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Bayan Lepas menuju ke Farlim dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan muka.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas bongkah batu seberat 50 kilogram (kg) dan bersaiz 0.5 meter ini terjatuh dari lereng bukit sebelah kiri.
“Bongkah batu itu kemudiannya dipercayai terkena kepala mangsa. Akibat impak tersebut, mangsa kemudian terjatuh di atas jalan raya manakala motosikalnya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kiri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?