Sempena ulang tahun ke-50 bagi BMW 3 Series, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan New BMW M340i xDrive Edisi 50 Jahre yang baharu. Terhad kepada 50 unit, Edisi 50 Jahre ini dijual pada harga RM396,800 (atas jalan tanpa insurans) dan RM423,200 jika termasuk 5-tahun waranti BSRI dan pakej servis.

Secara global, BMW Group menunjukkan prestasi kukuh pada suku pertama 2025 dengan penghantaran sebanyak 586,149 unit kenderaan BMW, MINI dan Rolls-Royce kepada pelanggan di seluruh dunia, menyamai prestasi tahun sebelumnya. Penghantaran kenderaan elektrik sepenuhnya juga meningkat sebanyak 32.4%, dengan 109,516 unit diserahkan kepada pelanggan untuk ketiga-tiga jenama.
Daripada jumlah itu, BMW menyumbang sebanyak 520,142 unit, termasuk 86,449 kenderaan elektrik sepenuhnya. MINI pula mencatatkan pertumbuhan 4.1% berbanding tahun sebelumnya dengan 64,626 unit dihantar, di mana 35.3% daripadanya adalah kenderaan elektrik. BMW Motorrad, yang menguruskan motosikal dan skuter, menghantar 44,609 unit dalam tempoh yang sama.
BMW mensasarkan untuk mencapai dua matlamat utama menjelang akhir 2025 iaitu penghantaran sebanyak 3 juta kenderaan elektrifikasi sejak pelancaran BMW i3 dan i8, dan sebanyak 1.5 juta kenderaan elektrik sepenuhnya secara global untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam mobiliti mewah yang lestari.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata pelancaran New BMW M340i xDrive Edisi 50 Jahre hari ini merupakan tanda penghormatan terhadap legasi tersebut, dan BMW Malaysia bersemangat untuk meneruskan evolusi model ini ke arah reka bentuk dan teknologi masa depan, sambil mengekalkan pengalaman pemanduan BMW yang unggul.

Edisi khas ini hadir dengan pelbagai peningkatan, termasuk balutan kerusi kulit Sensatec, Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Parking Assistant Plus, Panel Instrumen Mewah dan Butang Galvanic.

Ia juga dilengkapi dengan komponen eksklusif M Performance seperti Side Skirt Extensions dan spoiler belakang. Di bahagian dalam, terdapat perehat tangan tengah berbalut Alcantara dan pedal penukar gear gentian karbon, menambah gaya dan keseronokan semasa memandu.

Menambah lagi keistimewaannya, model ini mempunyai lambang khas “50 Jahre Edition” pada pemegang cawan dan ukiran eksklusif pada tiang B di bahagian luar kenderaan, menandakan edisi terhad ini. 4 pilihan warna luaran sebagai pilihan iaitu Alpine White, Arctic Race Blue, M Brooklyn Grey dan Black Sapphire dengan warna hitam dan merah Tacora untuk ruang dalaman.

Pelanggan boleh mendapatkan New BMW M340i xDrive Edisi 50 Jahre ini dengan mudah secara eksklusif melalui platform dalam talian BMW Shop Online.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?