Land Rover Defender V8 Dilancar di Malaysia – 2 Varian, Harga Bermula RM998k hingga RM1.2 Juta

Land Rover Defender V8 Dilancar di Malaysia – 2 Varian, Harga Bermula RM998k hingga RM1.2 Juta

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah melancarkan model Land Rover Defender V8 ke dalam pasaran Malaysia. Model ini boleh didapati dalam 2 varian iaitu Defender 110 V8 pada harga bermula RM998,000 (atas jalan tanpa insurans) dan Defender 130 V8 pada harga bermula RM1,198,000 (atas jalan tanpa insurans).

Kedua-dua varian didatangkan dengan enjin V8 5.0 liter supercharge Jaguar Land Rover sendiri, yang mampu menghasilkan 525 PS dan 625 Nm tork untuk varian 110. Manakala varian 130, kuasa enjinnya dikurangkan sedikit dan hanya mampu menghasilkan 500 PS dan 610 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat untuk varian 110 dan 5.7 saat untuk varian 130.

Defender V8 juga telah dinaik taraf dengan rim bersaiz 22 inci dan empat paip ekzos yang dipasang di luar, menghasilkan bunyi V8 yang membezakannya daripada versi lain.

Di bahagian dalam, ia menggabungkan kulit Windsor serta fabrik Kvadrat secara standard.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Defender V8 melambangkan kemuncak keunggulan kejuruteraan Land Rover, menggabungkan prestasi luar biasa dengan kemewahan tersendiri dan keupayaan sedia terbina dalam warisan Defender.

“Kami sukacita untuk melancarkan kenderaan hebat ini bagi mereka yang menghargai kecemerlangan automotif dan prestasi tiada tandingan.”

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD