passionately driven

Toyota GR Supra Track Edition Dilancarkan di Malaysia – Pilihan 6MT atau 8AT, Harga Bermula RM698k

Toyota GR Supra Track Edition Dilancarkan di Malaysia – Pilihan 6MT atau 8AT, Harga Bermula RM698k

Selain GR Yaris 2025 versi automatik diperkenalkan, UMW Toyota Motor Sdn Bhd turut melancarkan model GR Supra Track Edition ke dalam pasaran Malaysia. 2 varian sebagai pilihan pada harga bermula RM698,000, tidak termasuk insurans.

Dengan versi Track Edition, kereta ini kini lebih fokus kepada prestasi, lengkap dengan peningkatan pada casis, pengendalian, dan aerodinamik untuk pemandu yang mahukan kawalan penuh terutama semasa pemanduan agresif.

Ia dikuasakan oleh enjin 6-silinder sebaris 3.0 liter turbo yang menghasilkan 388 PS dan 500 Nm tork. Terdapat pilihan sama ada transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan dengan paddle shifter. Model automatik mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 4.1 saat, manakala versi manual mengambil masa 4.3 saat.

Namun, prestasi bukan hanya bergantung kepada kuasa enjin. Sistem suspensi telah ditala semula untuk cengkaman lebih baik, manakala sistem stereng kuasa elektrik dan limited slip differential menerima tetapan eksklusif Track Edition untuk kawalan dan kestabilan yang lebih tepat ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Brek depan bersaiz 374 mm dengan angkup Brembo 4-piston memberikan kuasa brek yang lebih kuat dan konsisten.

Kereta ini menggunakan rim aloi matte hitam bersaiz 19 inci yang ringan, dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Super Sport. Reka bentuk ini membantu mengurangkan jisim tidak bersuspensi, sekali gus meningkatkan keupayaan pengendalian dan prestasi di litar.

Di bahagian dalam, kabin menampilkan kemasan sporty dan mewah dengan balutan Alcantara hitam dan kulit, sulaman GR, tali pinggang keledar merah, dan tombol gear dengan cincin merah bagi model manual. Ia turut dilengkapi sistem audio JBL HiFi 12 pembesar suara dan paparan Head-Up berwarna yang memberi pengalaman pemanduan lebih imersif.

Ciri keselamatan turut disediakan secara standard, termasuk Pre-Collision Warning, Lane Departure Warning dengan Steering Assist, Adaptive Cruise Control, Blind Spot Monitor, serta sistem brek kecemasan pintar dengan sensor parkir pintar.

Enam pilihan warna telah ditawarkan untuk Toyota GR Supra Track Edition dengan harga bermula dari RM698,000. Pemilik akan menerima jaminan 5 tahun, tanpa had perbatuan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD