GWM TANK 500 HEV Dilancarkan Rasmi Di Malaysia; Ditetapkan Pada Harga RM328,800

Great Wall Motor (GWM) TANK 500 HEV kini secara rasmi membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan menerusi pelancaran di Malaysia Autoshow 2025 semalam, selepas dipertontonkan terlebih dahulu di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) pada akhir tahun lalu. Menandakan kehadirannya sebagai pendatang baharu dalam segmen SUV hibrid premium, model 4×4 tujuh tempat duduk ini kini ditawarkan untuk pasaran tempatan dalam satu varian lengkap yang dipasang di kilang GWM di Rayong, Thailand.

Dengan bertemakan “Hanya Untuk Yang Berani,” GWM TANK 500 HEV direka untuk menembusi sempadan konvensional dan menawarkan pengalaman pengembaraan yang tidak terhad. SUV ini menggabungkan kuasa hibrid yang efisien, teknologi canggih, dan kemewahan moden, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan prestasi dan gaya dalam satu pakej.

Selepas kejayaan model TANK 300 yang laris di pasaran tempatan, TANK 500 HEV hadir dengan peningkatan yang lebih hebat. Dengan reka bentuk yang elegan dan berani, TANK 500 HEV mengukur 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar dan 1,905 mm tinggi, memberikan kelapangan dan keselesaan kepada penggunanya. Dipacu oleh enjin turbo 2.0L 4-cylinder dan sistem hybrid, SUV ini mampu menghasilkan 255 kW (346 PS) dan tork 648 Nm, menjadikannya siap untuk merempuh pelbagai jenis medan.

Teknologi Pintar, Pemanduan Tanpa Batas

Dilengkapi dengan Smart All-Terrain System dan 11 driving modes, serta TANK Turn function dan Off-road Cruise Control, GWM TANK 500 HEV membolehkan pemandu menakluk pelbagai permukaan dengan penuh keyakinan. Ditambah pula dengan intelligent 4WD system dan Level 2 Advanced Driver Assistance System (ADAS), setiap perjalanan — dari bandar hingga ke luar jalan — akan lebih lancar dan selamat.

Kemewahan Dalam Setiap Perincian

Di dalamnya, TANK 500 HEV menawarkan suasana mewah dengan ciri-ciri seperti NAPPA leather seats yang dilengkapi fungsi urut dan pengudaraan, premium Infinity sound system, serta elektrik side steps untuk kemudahan keluar masuk. Dengan kapasiti tujuh penumpang, SUV ini memastikan keselesaan sepanjang perjalanan. Pilihan warna luarannya termasuk Crystal Grey, Hamilton White, dan Sun Black, masing-masing melambangkan karakter berani dan eksklusif.

Bagi memastikan pemilik TANK 500 HEV menikmati pengalaman yang tenang dan meyakinkan, GWM Malaysia menawarkan waranti komprehensif, termasuk:

  • Lifetime warranty for the engine, transmission, and HEV system (for first private owners) 
  • 8 years / 200,000 km warranty for the battery 
  • 6 years vehicle warranty with unlimited mileage 

Tawaran Istimewa Sempena Pelancaran

Bagi pelanggan awal, GWM Malaysia menawarkan tawaran istimewa, termasuk:

  • 100 pemilik terawal akan menerima set hadiah edisi terhad 
  • Free maintenance package for 5 years (limited time) 

Melangkah Ke Era Baru SUV Premium di Malaysia

GWM TANK 500 HEV memperkukuhkan lagi kedudukan TANK di peringkat global, dengan lebih daripada 600,000 unit terjual di seluruh dunia. Kini, GWM membawa SUV premium ini ke Malaysia dengan matlamat untuk menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV off-road.

Datang dan Alami Kehebatan GWM TANK 500 HEV

Pengunjung dijemput untuk merasai pengalaman memandu GWM TANK 500 HEV di Hall A, Booth A03, Malaysia Autoshow 2025 dari 9 hingga 15 Mei 2025. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kehebatan, kemewahan, dan semangat pengembaraan yang ditawarkan oleh GWM TANK 500 HEV.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD