Bufori CS8 Dilancarkan – GT Buatan Malaysia, Harga Bermula RM2.188 Juta

Bufori CS8 Dilancarkan – GT Buatan Malaysia, Harga Bermula RM2.188 Juta

Bufori Motor Car Company telah melancarkan model terbaharu, Bufori CS8, sebuah Ultra High Performance Grand Tourer yang mengangkat semula standard kemewahan, prestasi dan personalisasi. Dihasilkan dengan komponen premium serta rekaan penuh teliti, CS8 menandakan lembaran baharu dalam hampir 40 tahun kepakaran Bufori menghasilkan kereta buatan tangan.

Pelancaran ini turut bertepatan dengan minggu sambutan Merdeka, menjadi simbol kebanggaan kerana model ini direka, dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia. Acara diadakan dengan kerjasama Affin Bank di Menara Affin @ TRX.

CS8 dikuasakan oleh enjin 6.4L supercharged V8 menghasilkan 810 HP, dipadankan bersama transmisi paddle-shift 8-kelajuan untuk pemanduan lancar sama ada santai atau agresif. Berat kereta bermula sekitar 1,550 kg, dibina dengan badan monocoque Carbon-Kevlar untuk ketahanan dan keselamatan, ditambah suspensi adaptif serta brek Brembo 6-piston untuk kawalan penuh.

Bahagian kabin menampilkan gabungan kemasan mewah dan moden, termasuk tempat duduk Recaro berbalut kulit premium serta panel gentian karbon. Seperti semua Bufori, setiap CS8 dibuat mengikut tempahan pelanggan – daripada pilihan cat, jahitan tangan sehingga material dalaman – menjadikan setiap unit unik dan eksklusif.

Pengasas merangkap Pengarah Urusan Bufori, Gerry Khouri berkata CS8 adalah kemuncak kejuruteraan dan rekaan syarikat, direka untuk pemandu yang mahukan prestasi tanpa kompromi dengan keyakinan maksimum. Sementara itu, Felix Haller, Pengurus Besar Bufori, menyifatkan CS8 sebagai hasil bertahun-tahun visi dan inovasi, dibina khas untuk mereka yang mahu mengembara jauh dengan penuh gaya dan keselesaan.

Bufori kekal sebagai jenama automotif buatan tangan Malaysia yang diiktiraf dunia, menghasilkan kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi karya seni yang mencerminkan keanggunan, keunikan dan kualiti tanpa kompromi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD