Prestasi jualan bulan April telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 7,932 unit, sekali gus menjadikan jualan terkumpul setakat tahun ini kepada 27,876 unit. Tidak seperti kebiasaan, jumlah jualan pada kali ini tidak termasuk dengan jumlah jualan untuk jenama Lexus seperti sebelum ini.
Sempena Malaysia Autoshow 2025, para pengunjung boleh menantikan barisan model hibrid terkini dari Toyota seperti Vellfire HEV, Corolla Cross HEV, Camry HEV, dan Mirai FCEV di booth Toyota. Pameran ini bukan sekadar mempamerkan kenderaan, tetapi menunjukkan usaha Toyota untuk menjadikan mobiliti mesra alam lebih praktikal dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia.

UMWT turut menawarkan promosi khas sepanjang bulan Mei. Rakyat Malaysia boleh memiliki Toyota dengan pelan pembiayaan fleksibel bermula dari RM658 sebulan, serta nikmati kos penyelenggaraan yang berpatutan melalui program Toyota Service Savers, yang bermula dari hanya RM33 sebulan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?