Jaecoo menyambut ulang tahun pertamanya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) dengan memperkenalkan imej jenama baharu dan kini dikenali sebagai Omoda | Jaecoo.

“Kemaskini jenama ini menunjukkan keyakinan kami terhadap pasaran dan potensi pertumbuhannya,” kata Emily Lek, Naib Presiden Omoda | Jaecoo.
“Kami faham keperluan pengguna dan sedia menawarkan pengalaman yang lebih baik dengan kenderaan bergaya dan berprestasi tinggi serta gaya hidup peribadi sebagai jenama SUV off-road premium di Malaysia.”
Jenama ini mencapai kejayaan besar tahun lalu dengan lebih 12,000 pendaftaran SUV petrol dan hibrid, serta membina rangkaian 45 pengedar sah di seluruh negara. Di peringkat global, Omoda | Jaecoo kini berada di 42 negara, dengan lebih 1,300 bilik pameran, dan 500,000 pengguna di seluruh dunia.
Jenama ini kini menyasarkan generasi muda yang celik teknologi dan gemar pengembaraan, sama ada di bandar atau laluan off-road.
Sebagai permulaan kepada perubahan jenama, mereka memperkenalkan Omoda C7 Neo Crossover, yang dijangka menggegarkan SUV segmen-C di Malaysia.

Baru-baru ini, mereka juga melancarkan barisan kenderaan tenaga baharu (NEV), menunjukkan komitmen mereka kepada penyelesaian mobiliti yang lebih cekap, pintar dan lestari. Di MAS2025, satu sesi khas bersama Dr. David Xianqiang Lu dari Chery Automobile telah diadakan. Dr. Lu adalah pencipta sistem Super Hybrid System (SHS).

SHS ini, yang diperkenalkan dalam model J7 PHEV, menggabungkan prestasi tinggi dengan penjimatan bahan api. Ujian menunjukkan ia mampu bergerak lebih 1,300 km dengan satu cas penuh dan tangki minyak.

Pengunjung MAS2025 boleh pandu uji model seperti Jaecoo J7, J7 PHEV, dan C9, serta buat pertama kali, model Jaecoo J8.

Tempahan untuk Jaecoo J7 AWD dan 2WD di acara ini layak memilih antara 5 tahun servis percuma atau kadar faedah pinjaman serendah 0.8%. Bagi J7 PHEV, tempahan disertakan dengan waranti 10 tahun/1,000,000km untuk enjin dan bateri voltan tinggi. Semua tempahan akan menerima kad Touch ‘n Go edisi terhad.
Di ruang pameran Omoda | Jaecoo, pengunjung boleh sertai aktiviti menarik seperti mencetak beg tote digital, menebus aiskrim selepas menjawab tinjauan, serta membeli kad dan rantai kunci edisi terhad.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?