GAC Motor dan AION mencuri perhatian di Malaysia Autoshow 2025 dengan melancarkan GAC M8, sebuah MPV Plug-in Hybrid (PHEV) mewah pertama negara yang kini sudah boleh ditempah. Ia dijangka akan dijual pada harga bermula RM333,000.
Model Hyptec HT turut dipamerkan dalam versi pintu gull-wing dan pintu biasa sebelum pelancaran rasminya pada suku ketiga tahun ini. Turut menarik perhatian ialah SUV elektrik Aion V yang buat pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia. GAC juga menyambut ulang tahun pertama GS3 EMZOOM dengan menawarkan promosi khas kepada pelanggan.
GAC M8 PHEV menampilkan ciri-ciri mewah, menggabungkan jarak pemanduan sehingga 1,038 km, dan enjin hibrid berprestasi tinggi sesuai untuk pemanduan bandar atau jarak jauh.
MPV ini menggabungkan prestasi, keselesaan dan kecekapan tenaga. Ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih seperti sistem beg udara 360° (termasuk beg udara cermin belakang pertama di dunia), sistem bantuan pemandu pintar, dan teknologi bateri yang stabil dan selamat.
Ia didatangkan dengan jaminan 5 tahun/150,000 km, serta jaminan tambahan 8 tahun untuk bateri dan motor elektrik. Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima penyelenggaraan percuma selama 2 tahun dan kabel pengecas mudah alih bernilai RM3,800 secara percuma.
Model Hyptec HT turut menjadi tumpuan, terutama selepas kejayaannya di pasaran ASEAN. Autoshow ini memberi peluang unik kepada pengunjung untuk melihatnya dengan lebih dekat sebelum pelancarannya di Malaysia. Ia menampilkan teknologi bateri canggih untuk keselamatan dan prestasi lebih baik, mampu bergerak sehingga 620 km, dan menyokong pengecasan pantas. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan EV bergaya dan boleh dipandu jauh tanpa risau kehabisan kuasa.

SUV elektrik Aion V turut membuat penampilan pertama di Malaysia selepas menerima pujian di Paris Motor Show. Direka dengan inspirasi daripada Tyrannosaurus Rex, ia tampil garang dan futuristik. Dikuasakan oleh motor 100kW dengan 240 Nm tork, ia boleh memecut dari 0 ke 100km/j dalam 7.9 saat. Dengan jarak pemanduan sehingga 602 km, ia menyeimbangkan prestasi dan kepraktisan.

Akhir sekali, GAC meraikan ulang tahun pertama GS3 EMZOOM di Malaysia dengan promosi istimewa. Pembeli kini boleh memiliki crossover ini dengan bayaran serendah RM990 sebulan. Tawaran ini juga boleh digabungkan dengan kempen “Drive Home A GAC” yang menawarkan hadiah melebihi RM600,000.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh