Tempat kejadian di mana penunggang maut dan motosikalnya jatuh ke dalam sungai berdekatan.
Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 24.1, Jalan Johor Bahru – Pontian, pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.20 pagi apabila motosikal mangsa melanggar belakang sebuah Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 66 tahun.
Akibat pelanggaran, mangsa tercampak ke jalan manakala motosikalnya terjatuh ke dalam sungai berhampiran. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?