19 Kambing Terbakar, Empat Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran

Sebuah kebakaran yang berlaku di Kampung Jawa pada Isnin mengorbankan 19 ekor kambing dan memusnahkan empat buah kenderaan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12.58 tengah hari, melibatkan sebuah kandang ternakan seluas 9.14 x 9.14 meter persegi. Api berjaya dikawal sekitar jam 1.07 petang dan dipadam sepenuhnya pada jam 2.00 petang.

Kebakaran menyebabkan kerosakan hampir keseluruhan pada struktur kandang dan hanya seekor kambing dapat diselamatkan. Selain itu, tiga buah kereta iaitu Honda City, Honda Civic, Proton Wira serta sebuah lori turut musnah dalam kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan masih dijalankan oleh pasukan forensik bomba untuk mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.

Sumber: Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD