Proton telah mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 10 Jun 2025. Beliau akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong. Pada masa yang sama, Ainol akan terus memegang tanggungjawabnya sekarang dalam bidang Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan.
Beliau mengambil alih tugas daripada Roslan Abdullah, yang akan meninggalkan syarikat selepas lima tahun berkhidmat dalam jawatan tersebut. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Roslan banyak membantu mengukuhkan jenama Proton di Malaysia dan melancarkan kenderaan elektrik pertama syarikat, Proton e.MAS 7.
Dr. Li Chunrong mengalu-alukan Ainol ke jawatan baharunya dan yakin beliau mampu memikul tanggungjawab itu. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Roslan atas sumbangannya dan mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh