Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-80 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Disember 2025, dan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda pada 2026, Selangor Royal Office mengumumkan penawaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan indeks “SIS” kepada orang awam.
Indeks “SIS”, singkatan kepada Sultan Idris Shah, akan dibuka untuk bidaan secara dalam talian melalui sistem JPJeBid bermula 15 Ogos (Jumaat) hingga 10 malam, 19 Ogos 2025. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 20 Ogos 2025.
Menurut Selangor Royal Office di Facebook rasmi, bidaan ini tertakluk kepada syarat sedia ada di JPJeBid, termasuk harga minimum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pemenang bidaan perlu mendaftarkan nombor tersebut pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.
Sebahagian hasil jualan NPI “SIS” akan disalurkan kepada sebuah yayasan di bawah naungan DYMM Sultan Selangor, yang akan membiayai aktiviti kebajikan seperti biasiswa dan dana kecemasan untuk membantu mangsa bencana alam.
Yayasan ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Ibrahim, Ahli Dewan Diraja Selangor dan mantan Gabenor Bank Negara, dengan pengurusan yang telus mengikut prosedur tadbir urus.
Terdahulu, pada 8 Ogos, DYMM Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang diiringi Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, bagi membincangkan mengenai bidaan “SIS” ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?