NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada Julai 2025 Meningkat 28 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Julai 2025 Meningkat 28 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 70,057 unit kenderaan telah dijual pada bulan Julai 2025, meningkat berbanding 54,863 unit pada Jun 2025.

Berbanding dengan Julai 2024, jualan kenderaan pada Julai 2025 menunjukkan penurunan sebanyak 5iaitu sebanyak 3,444 unit. Untuk bulan ketujuh ini, sebanyak 64,438 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 5,619 unit untuk kenderaan komersial.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 71,439 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Julai 2025, 1% meningkat berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 70,842 unit. Untuk bulan ketujuh ini, sebanyak 67,075 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 4,364 unit untuk kenderaan komersial.

Setakat Julai 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 443,777 unit5% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 464,952 unit penghantaran.

MAA menjangkakan jualan kenderaan akan kekal kukuh pada bulan Ogos 2025, didorong oleh kempen promosi berkaitan dengan Hari Kebangsaan yang akan datang.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy