Jualan Kenderaan Baharu pada Oktober 2025 Meningkat 30 Peratus – MAA
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 75,992 unit kenderaan telah dijual pada bulan Oktober 2025, meningkat berbanding 58,490 unit pada September 2025. Berbanding dengan Oktober 2024, jualan kenderaan pada Oktober 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 6% iaitu sebanyak 4,307 unit. Untuk bulan kesepuluh ini, sebanyak 70,321 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 5,671 unit untuk kenderaan komersial. Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 65,226 […]























