NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jaecoo J5 Diperkenal di Karnival Omoda Jaecoo 2025 – SUV Segmen-B, Anggaran Harga RM120k

Jaecoo J5 Diperkenal di Karnival Omoda Jaecoo 2025 – SUV Segmen-B, Anggaran Harga RM120k

Omoda Jaecoo Malaysia telah mendedahkan Jaecoo J5, sebuah SUV Segmen-B, hari ini di Karnival Omoda Jaecoo 2025 yang telah bermula hari ini sehingga 24 Ogos di Car Park 3, Desa Park City. Syarikat itu turut mendedahkan anggaran tanda harga model tersebut iaitu RM120,000.

SUV ini berukuran 4,830 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,650 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,620 mm. Masih tidak banyak spesifikasi yang dikongsikan oleh mereka namun apa yang boleh disahkan, SUV ini akan menerima spesifikasi enjin petrol 1.5 liter empat silinder yang mampu menjana kuasa 147 PS dan 210 Nm tork. Dipadankan bersama transmisi CVT automatik bagi memacu roda hadapan, membolehkan penggunaan bahan api mencapai sekitar 7.5 liter/100 km.

Dari segi rupa, ia masih mengekalkan DNA abangnya, J7 dan J8, cuma dalam skala dan saiz yang lebih kecil. Di bahagian luar, model ini dilengkapi dengan ciri seperti lampu utama dan DRL LED, rekaan gril jalur tegak yang besar, dengan rekaan wajah dan badan moden dan minimal.

Perbezaan ketara dapat dilihat pada pemegang pintu di mana J7 dan J8 menerima hidden door handle manakala J5 menerima pemegang pintu biasa di bahagian luar.

Bahagian dalam tampil premium dengan balutan kulit tiruan, ruang kargo luas bersaiz 480 L dan boleh mencapai 1,180 L dengan kerusi dilipat, bumbung panorama terbesar dalam kelasnya, serta sistem hiburan moden termasuk skrin sentuh 13.2 inci dan sistem audio 8 pembesar suara.

Bagi sistem Keselamatan pula, Omoda Jaecoo Malaysia hanya mengesahkan bahawa J5 akan menerima ciri ADAS Tahap 2.5 dan sistem kamera 540° HD Surround View. Model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kilang Chery, Shah Alam.

Perinician penuh yang lain masih belum diketahui dan hanya akan diberitahu semasa pelancaran rasmi model ini yang dijangka akan dilancarkan sebelum tahun ini berakhir. Jika anda berminat, anda boleh berkunjung ke Karnival Omoda Jaecoo 2025 untuk melihat dan memandu uji sendiri mana-mana model di bawah jenama itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD