Selain Jaecoo J5, Omoda Jaecoo Malaysia turut mendedahkan sebuah lagi model iaitu Omoda C9 versi PHEV di Karnival Omoda Jaecoo di Desa Park City hari ini. Versi petrol telah pun dilancarkan pada Disember tahun lepas pada harga bermula RM168,800 sehingga RM188,800.
Jika dilihat sekali imbas, rekaan luaran dan dalaman versi PHEV dan petrol kelihatan sama namun terdapat beberapa perbezaan kecil yang ada pada Omoda C9 PHEV ini iaitu:
Perbezaan paling ketara sudah tentu dari segi enjin di mana versi ini digerakkan oleh enjin 1.5-liter turbo bersama tiga motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 605 PS dan tork maksimum 915 Nm. Dengan angka sebegitu, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 4.9 saat.

C9 PHEV ini dilengkapi bateri Litium Besi Fosfat (LFP) 34.46 kWh, membolehkan pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 150 km, salah satu yang terpanjang dalam kelasnya. Jika digabungkan dengan enjin petrol, jarak perjalanan keseluruhan mencecah kira-kira 1,100 km.
Lebih mengujakan, kadar penggunaan bahan apinya direkodkan hanya 1.7L/100km (WLTC), menjadikannya pilihan yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga menjimatkan. Proses pengecasan turut mudah dengan sokongan pengecas pantas 70 kW DC serta pengecas 6.6 kW dan 2.8 kW AC.
Untuk memastikan pengalaman pemanduan lebih lancar, C9 PHEV dipadankan dengan Transmisi Hibrid Terkhusus (DHT) 3-Kelajuan, yang dioptimumkan bagi tindak balas kuasa lebih segera dan penukaran mod yang efisien.
Selain itu, SUV ini turut dilengkapi sistem suspensi pintar Continuous Damping Control (CDC). Dengan lima sensor berintegrasi, sistem tersebut mampu melaras tindak balas suspensi sehingga 100 kali sesaat, menawarkan 7 mod pemanduan berbeza sesuai untuk jalan raya biasa mahupun laluan lasak.
Perincian yang lain masih lagi kekal sama dengan versi petrol dan selebihnya akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti. Jika anda berminat, anda boleh berkunjung ke Karnival Omoda Jaecoo 2025 untuk melihat dan memandu uji sendiri mana-mana model di bawah jenama itu.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?