NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bekalan Elektrik Terganggu di Beberapa Kawasan Petaling Jaya

Bekalan Elektrik Terganggu di Beberapa Kawasan Petaling Jaya

Beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya termasuk Bandar Utama dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di media sosial mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan pasukan teknikal sedang berada di lokasi untuk menjalankan kerja pembaikan bagi memulihkan bekalan.

Menurut TNB, kerja-kerja pemulihan dijangka mengambil masa antara dua hingga empat jam bergantung kepada keadaan.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna turut berkongsi pengalaman mereka. Sebuah video tular menunjukkan pusat beli-belah One Utama dan First Avenue bergelap sepenuhnya semasa kejadian.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD