NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Merdeka ke-68 di Putrajaya

MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Merdeka ke-68 di Putrajaya

MG Motor Malaysia mengumumkan bahawa MG Cyberster, roadster elektrik sepenuhnya pertama jenama itu, bakal menyertai kontinjen kenderaan elektrik (EV) yang diketuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

Menggunakan pelekat khas MITI, Cyberster akan berarak bersama jenama EV lain sebagai simbol sokongan terhadap agenda elektrifikasi Malaysia dan visi kerajaan ke arah mobiliti mampan.

Sebagai satu-satunya roadster elektrik penuh dalam kontinjen, kemunculan Cyberster menandakan langkah berani MG ke arah masa depan automotif. Berinspirasikan warisan kereta sport British yang dipadukan dengan era elektrifikasi moden, penampilan sulung Cyberster pada Hari Merdeka membawa makna yang istimewa.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, berkata penyertaan ini bukan sahaja detik membanggakan buat MG, tetapi juga mencerminkan sokongan padu terhadap aspirasi Malaysia mempercepatkan penggunaan EV.

“Dengan gabungan warisan British dan hala tuju baharu sebagai EV, MG Cyberster menjadi ikon inovasi serta kemajuan. Kami berbesar hati untuk mempamerkannya bersama jenama EV lain sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 negara,” katanya.

Rakyat Malaysia yang hadir di Putrajaya nanti berpeluang menyaksikan sendiri penampilan sulung MG Cyberster dalam perayaan bersejarah ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD