MG Cyberster Dilancarkan di KLIMS 2024: Harga Bermula RM319,900, Jarak Gerak 444 km

SAIC Motor Malaysia telah melancarkan secara rasmi model sportscar mereka, MG Cyberster, di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024. Hanya satu varian iaitu All-Wheel Drive (AWD) akan ditawarkan dengan harga bermula RM319,900 (on-the-road tanpa insurans).

Model ini berukuran 4,535 mm panjang, 1,913 mm lebar, 1,329 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,690 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 249 liter dan roda aloi Jetstream bersaiz 20 inci.

Cyberster AWD ini dikuasakan oleh spesifikasi dwi-motor elektrik yang mampu menghasilkan 544 PS dan 725 Nm tork. Untuk jarak sejauh 444 km (kitaran WLTP) boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 77 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat dan kelajuan maksimum boleh mencapai sehingga 201 km/j.

Bagi pengecasannya, ia boleh dicas menggunakan pengecas on-board berkapasiti 7 kW untuk mencapai status pengecasan 10% hingga 100% dalam masa 10.5 jam manakala pengecas pantas DC berkapasiti 144 kW hanya dalam masa 38 minit.

Reka bentuknya menunjukkan siluet rendah, pintu gunting elektrik tanpa bingkai, serta dalamannya yang sporty dan mewah dengan sistem infotainmen canggih dan sistem audio premium Bose. Selain itu, MG Cyberster juga dilengkapi dengan ciri keselamatan komprehensif MG Pilot untuk pengalaman pemanduan yang selamat dan memuaskan.

4 warna pilihan menarik boleh dipilih iaitu Dynamic Red dan Camden Grey dengan dalaman berwarna hitam dan merah atau Inca Yellow dan English White dengan dalaman berwarna kelabu.

Waranti pengeluar selama 7 tahun/150,000 km dan waranti bateri selama 8 tahun/180,000 km akan diberikan kepada semua pemilik Mg Cyberster ini. Pelanggan yang berminat boleh hadir ke booth MG di KLIMS 2024 untuk melihat sendiri dan membuat tempahan model ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD