NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

LRT3 Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun Ini

LRT3 Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun Ini

Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang pada awalnya dijadualkan beroperasi pada 30 September kini dijangka hanya akan mula beroperasi menjelang hujung tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun projek itu dirancang untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, beberapa ujian tambahan masih diperlukan, menyebabkan sedikit kelewatan.

“Bagaimanapun, kami komited memastikan jajaran awal LRT3 dari Klang ke Petaling Jaya dapat mula beroperasi sebelum tahun ini berakhir. Projek ini dipantau rapi dan kami yakin ia boleh dibuka kepada orang ramai seperti yang dirancang,” katanya.

Sebelum ini, Loke dalam jawapan bertulis di Parlimen memaklumkan LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, Klang telah mencapai 98.16 peratus siap dan sepatutnya mula beroperasi pada 30 September.

Bagi memastikan keselamatan perkhidmatan, beberapa ujian percubaan tanpa penumpang akan dijalankan dalam dua fasa melibatkan Train Run (TR) dan Full Fast Running (FFR), yang dijangka bermula pertengahan April dan selesai penghujung Jun.

Selepas itu, operasi percubaan (TO) oleh Rapid Rail Sdn Bhd dengan bantuan teknikal kontraktor utama akan dilaksanakan, bergantung kepada kelulusan ujian FFR oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Dengan kos keseluruhan RM16 bilion, projek LRT3 sepanjang 37.8 km ini dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di kawasan terlibat. – New Straits Times

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy