iCAUR Malaysia melakar sejarah dengan pelancaran iCAUR Glenmarie, pusat jualan pertama jenama itu di dunia. Langkah ini menandakan satu pencapaian penting buat jenama EV baharu ini menjelang pelancaran model sulungnya, iCAUR 03. Diuruskan oleh Absolute Motor Sdn Bhd, bilik pameran pertama ini terletak di Glenmarie, Shah Alam.
Berkeluasan sehingga 18,912 kaki persegi, iCAUR Glenmarie direka sebagai hab gaya hidup penuh. Ia menampilkan bilik pameran lima kereta, lounge pelanggan dengan Wi-Fi percuma, kopi dan pastri, ruang penyerahan eksklusif, serta dua pengecas EV persendirian. Keunikan lain termasuk iCAUR Arcade, ruang permainan video khusus untuk pelanggan dan pengunjung.
Bahagian teknikal pula dilengkapi pusat servis selepas jualan dengan tiga ruang servis, satu ruang khas untuk customized, bengkel khusus serta kapasiti menyelenggara sehingga 300 kenderaan sebulan, disokong oleh 30 kakitangan terlatih.
Syarikat itu turut mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model sulung mereka, iCAUR 03 pada 9 September 2025 dengan harga anggaran antara RM145,000 hingga RM155,000. Pelanggan boleh membuat tempahan awal dengan bayaran RM1,000 yang boleh dipulangkan sepenuhnya.
Model ini akan ditawarkan dalam 2 varian untuk pasaran Malaysia iaitu 2WD dan iWD (Intelligent Wheel Drive).

Varian 2WD hadir dengan kapasiti motor elektrik 135 kW yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 184 PS dan 220 Nm tork, dengan jarak pemanduan 426 km (NEDC). Varian iWD pula menerima dwi-motor berkuasa 205 kW yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 279 PS dan 385 Nm tork, dengan jarak pemanduan 418 km (NEDC).
Menjelang pertengahan September, iCAUR Malaysia akan memperkenalkan 18 pusat jualan dan 9 pusat 3S di seluruh negara. Absolute Motor turut merancang menambah lebih banyak cawangan dalam masa terdekat.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?