Nissan GT-R R35 Tamat Produksi Selepas 18 Tahun – Unit Terakhir Premium Edition T-Spec

Nissan GT-R R35 Tamat Produksi Selepas 18 Tahun – Unit Terakhir Premium Edition T-Spec

Selepas 18 tahun berada di pasaran, model ikonik Nissan GT-R R35 akhirnya menamatkan produksinya pada tahun 2025. Sejak diperkenalkan pada 2007, kereta sports legenda ini telah terjual lebih 48,000 unit di seluruh dunia, sekali gus meninggalkan jejak besar dalam dunia automotif.

Unit terakhir yang keluar dari kilang Tochigi, Jepun ialah Premium Edition T-Spec dalam warna Midnight Purple, salah satu warna paling ikonik yang sering dikaitkan dengan GT-R.

Bagi ramai peminat, R35 bukan sekadar sebuah kereta sports, ia dianggap simbol prestasi Jepun yang berjaya menyaingi jentera supercar dari Eropah. Sepanjang hampir dua dekad, model ini terkenal dengan kuasa enjin V6 twin-turbo, teknologi canggih, serta reputasinya sebagai Godzilla di litar perlumbaan.

Walaupun produksinya kini berakhir, legasi GT-R tetap hidup dalam komuniti peminat kereta. Ramai percaya penamat R35 ini hanya membuka jalan untuk era baharu GT-R di masa depan.

Kredit Foto : Facebook Autoindustriya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD