Tesla telah mengumumkan pembukaan Stesen Destination Charging baharu mereka yang bertempat di Bangsar Shopping Centre. Sebanyak 3 unit pengecas telah dibangunkan bagi memudahkan pemilik Tesla serta komuniti sekitar Bangsar.
Dengan penambahan ini, Tesla kini menguruskan 15 Stesen Supercharging (68 pengecas) dan 16 Stesen Destination Charging (73 pengecas) di seluruh Malaysia. Langkah ini menyokong lebih 10,000 kenderaan Tesla yang berada di jalan raya negara untuk kegunaan harian, perjalanan keluarga hujung minggu, mahupun pemanduan jarak jauh.
Selain rangkaian pengecas yang kukuh dan boleh diharap, Tesla turut menawarkan pengecasan rumah percuma kepada pelanggannya, memberikan kemudahan mengecas di kediaman atau tempat kerja. Setakat ini, lebih 8,000 isi rumah di Malaysia menikmati kemudahan tersebut.
Tesla juga meneruskan program Refer & Earn, yang membolehkan pemilik Tesla memperoleh ganjaran sehingga RM15,000 setahun dengan berkongsi pengalaman bersama rakan serta keluarga. Orang ramai turut dijemput ke lokasi Tesla bagi merasai sendiri teknologi terkini dan menyertai pengalaman eksklusif Merdeka.
Bersempena promosi khas sehingga 30 September 2025, Tesla menawarkan kadar faedah serendah 0.88% untuk Model Y dengan bayaran bulanan bermula dari RM1,888. Bagi Model 3 pula, pelanggan boleh menikmati penjimatan trade-in sehingga RM15,000 atau memilih program 0% faedah dengan harga bermula RM181,000 serta bayaran bulanan serendah RM1,640.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?