NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS 5 Curi Perhatian di Utara, Jelajah MISI 5 Kini Bergerak ke Pantai Timur

Proton e.MAS 5 Curi Perhatian di Utara, Jelajah MISI 5 Kini Bergerak ke Pantai Timur

PRO-NET telah menamatkan siri jelajah MISI 5 di zon Utara dengan sambutan hangat daripada orang ramai di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Jelajah yang berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat lebih dekat Proton e.MAS 5 sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada Oktober ini.

Selain dipamerkan di bilik pameran, Proton e.MAS 5 turut dibawa ke lokasi popular seperti Pekan Rabu dan Tanjung Dawai di Kedah, Juru Auto City di Pulau Pinang serta Concubine Lane di Ipoh. Pendekatan ini membolehkan pengunjung merasai pengalaman memiliki EV tersebut dalam suasana kehidupan seharian mereka.

“Sambutan di Utara menunjukkan ramai yang sudah kenal e.MAS 5 dan mahu mencubanya sendiri. Perbualan juga berbeza mengikut tempat, di mana di Sungai Petani dan Ipoh lebih kepada kegunaan keluarga, manakala di Pulau Pinang pula banyak bertumpu kepada pemanduan bandar dan pengecasan,” jelas Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Puan Salawati Yusoff.

Selepas kejayaan di Utara, Jelajah MISI 5 akan meneruskan jelajah ke Pantai Timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 5 hingga 7 September ini. Proton e.MAS 5 akan dipamerkan di bilik pameran pengedar serta lokasi tumpuan ramai seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Jambatan Angkat di Kuala Terengganu, dan Pantai Teluk Cempedak di Kuantan.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy