NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

iCAUR Petaling Jaya Buka Showroom Gaya Baharu – Lebih Dari Sekadar Jual Kereta

iCAUR Petaling Jaya Buka Showroom Gaya Baharu – Lebih Dari Sekadar Jual Kereta

Petaling Jaya kini menjadi saksi kepada satu lagi pencapaian segar dalam dunia mobiliti bandar dengan pembukaan rasmi iCAUR Petaling Jaya, di bawah naungan Karrus Automotive Group.

Dikenali sebagai iCAUR Petaling Jaya Playground, bangunan seluas 18,000 kaki persegi ini merangkumi empat tingkat yang direka untuk lebih daripada sekadar mempamerkan kenderaan. Di aras bawah, pengunjung boleh melihat barisan model iCAUR termasuk model utama, iCAUR 03.

Sementara itu, aras mezanin menampilkan zon santai lengkap dengan ruang permainan – sesuai untuk bersantai dan kembali berjiwa muda.

Dalam masa terdekat, tingkat dua bakal menempatkan ruang khas untuk pelanggan melakukan customization mengikut cita rasa masing-masing, selari dengan identiti iCAUR yang meraikan personaliti. Di tingkat bawah tanah pula, sebuah pusat servis selepas jualan sedang dibangunkan bagi memberi sokongan kepada komuniti sekitar Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya.

Pelancaran ini menjadi sebahagian daripada visi lebih besar Karrus Automotive Group sebagai pengimport pelbagai jenama automotif yang menekankan prestasi premium, teknologi EV terkini, nilai gaya hidup dan aksesibiliti untuk semua.

Showroom iCAUR Petaling Jaya kini dibuka untuk kunjungan orang ramai mulai 4 September, setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang di 54, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, PJS 12, Petaling Jaya. Untuk maklumat lanjut atau temujanji, boleh hubungi 016-250 3668.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD