NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

BMW Motorrad Perkenal BMW R 1300 GS Baharu – Teknologi Adaptive Height Control, Harga Bermula RM141k

BMW Motorrad Perkenal BMW R 1300 GS Baharu – Teknologi Adaptive Height Control, Harga Bermula RM141k

BMW Motorrad Malaysia mengumumkan penawaran terbaharu untuk BMW R 1300 GS varian Triple Black dan GS Trophy, yang kini dilengkapi dengan sistem suspensi elektronik terkini iaitu Adaptive Height Control.

Model ini pertama kali dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024, sekali gus menetapkan standard baharu dalam segmen motosikal Adventure Touring dari segi prestasi, kawalan dan keselesaan penunggang.

Dengan kemas kini terkini, ciri Adaptive Height Control kini hadir sebagai standard untuk kedua-dua varian. Sistem pintar ini meningkatkan ergonomik serta fungsi mesra penunggang dengan mengubah ketinggian motosikal secara automatik mengikut pergerakan.

Apabila motosikal berhenti atau bergerak perlahan, ketinggian akan diturunkan bagi memudahkan penunggang menjejakkan kaki ke tanah dengan lebih selesa.

Namun, apabila kelajuan meningkat, sistem akan kembali menaikkan casis ke tahap asal untuk memberikan kawalan, prestasi dan keselesaan terbaik. Peralihan lancar ini memastikan pengalaman tunggangan lebih selamat, selesa dan menyeronokkan dalam pelbagai keadaan jalan.

Selain itu, pemilikan BMW R 1300 GS kini lebih mudah dengan Pelan Pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, bermula dari RM1,968 sebulan (berdasarkan Straight Line Financing, pinjaman 90% dengan tempoh 7 tahun).

Pembeli juga bakal menikmati faedah tambahan termasuk Premium Engine Oil Inclusive, Service Inclusive serta Warranty Extension Programmes daripada BMW Motorrad Malaysia.

Harga runcit (atas jalan tanpa insurans, termasuk waranti 3 tahun dan bantuan tepi jalan 3 tahun) untuk BMW R 1300 GS Baharu ditetapkan pada RM140,500.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy