NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda Malaysia dan KTMB Bekerjasama – 25 Unit e:N1 Digunakan untuk Persidangan Keretapi ASEAN ke-45

Honda Malaysia dan KTMB Bekerjasama – 25 Unit e:N1 Digunakan untuk Persidangan Keretapi ASEAN ke-45

Honda Malaysia, dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tampil sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi 45th ASEAN Railways CEOs’ Conference (ARCEOs’) yang dianjurkan KTMB. Sebanyak 25 unit Honda e:N1 serba baharu disediakan untuk kemudahan mobiliti mesra alam buat pemimpin dan delegasi dari lapan operator kereta api ASEAN.

Bermula 8 hingga 12 September 2025, persidangan lima hari ini menghimpunkan wakil dari Malaysia selaku tuan rumah, bersama Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Kolaborasi ini menegaskan komitmen Honda Malaysia dalam memperkasa penyelesaian mobiliti, dengan fokus terhadap perjalanan yang selamat, efisien dan lestari. Teknologi Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) Honda turut menyokong usaha serantau ke arah mobiliti lebih hijau dan pintar, sejajar dengan matlamat kelestarian ASEAN.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 45th ARCEOs’, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, KTMB berbesar hati menerima kehadiran pemimpin industri kereta api ASEAN di Kuala Lumpur.

Persidangan ini berlangsung dengan tema “Driving Innovation, Connecting Borders”, mencerminkan usaha bersama KTMB dan Honda Malaysia dalam menetapkan standard baharu bagi perjalanan hijau, lancar dan bersepadu di rantau ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy